Permusuhan Perang Colombia–Peru

Presiden Sánchez percaya bahawa Colombia tidak mempunyai peluang untuk mempertahankan diri: ekoran kekurangan jalanraya dan kekuatan tentera laut, wilayah Amazon juga tidak dikawal oleh tentera Colombia. Menjelang Disember 1932, Jeneral Alfredo Vásquez Cobo tiba di muara Sungai Amazon dengan sebuah armada kapal-kapal usang yang beliau beli di Eropah. Dalam masa 90 hari, Colombia telah menyusun semula tindakan ketenteraan bagi menentang serbuan oleh Peru. Herbert Boy dan para juruterbang Jerman daripada SCADTA (kemudian menjadi Avianca) mengubahsuai pesawat komersial menjadi sebuah Tentera Udara Colombia sementara. Serangan pertama oleh Tentera Laut Colombia dilakukan ke atas Tarapacá. Bandar ini dipilih kerana Leticia terletak di sempadan dengan Brazil dan tentera Colombia bimbang untuk menyerang kedudukan tentera Peru yang berkubu kukuh.[petikan diperlukan] Penawanan semula Tarapacá merupakan sebuah peristiwa tanpa berdarah kerana ketiadaan tentera Peru di bandar ini. Sehari sebelumnya, 14 Februari, 1933, Tentera Udara Peru telah mencuba untuk mengebom Armada Colombia, tetapi kebanyakan bom tidak mengenai sasaran.[1] Tentera Peru di Leticia tidak dapat dipaksa berundur akan tetapi peristiwa di Lima, dan pembunuhan Presiden Peru, telah mengubah situasi dan presiden baru Peru megarahkan pasukan tentera Peru untuk berundur dan meninggalkan Leticia. Sebahagian armada Pasifik Peru yang datang melalui Sungai Amazon terlibat dalam pertempuran.